Dahulunya dikenali sebagai Tadika Ghufran (Cawangan Air Manis, Johor) dan melakukan 'rebranding' dengan menggunakan nama Tadika Anak Mithali pada tahun 2011. Tadika ini telah ditubuhkan sejak 1999 dan berpengalaman selama 12 tahun dalam pendidikan kanak-kanak. Lokasi tadika di Kampung Air Manis,Kulaijaya, Johor , sebuah lokasi perkampungan yang jauh dari kesibukan kota membuatkan sistem pembelajaran kanak-kanak lebih baik dan berada dalam suasana yang tenang untuk pembelajaran dan tumbesaran. Dinaungi oleh En.Mohd Ali bin Ibrahim, yang merupakan salah seorang Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam bidang Pendidikan. Menggunakan pengalaman ini, En.Mohd Ali atau lebih dikenali dengan Cikgu Ali telah membuka sebuah institusi pendidikan untuk kanak-kanak bagi membantu kanak-kanak dalam sistem pembelajaran yang lebih efisyen. Berpengalaman dalam pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat universiti selama berpuluh tahun. Tadika ini ditubuhkan dengan bantuan tenaga pengajar oleh isteri beliau sendiri, Puan Zakiah bte Saleh yang juga berpengalaman dalam pendidikan kanak-kanak dan juga pernha menjadi guru pra-tadika di cawangan Felda Bukit Batu, Kulaijaya , Johor.
No comments:
Post a Comment